• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Tadabbur Al-Quran

IPOH, 30 OGOS 2019 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu Program Tadabbur Al-Quran bagi warga kerja Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh di Tingkat 2, Dewan Al-Ghazali. Program ini dianjurkan oleh Waqaf Perak Ar-Ridzuan, MAIPk di bawah Program Dana Pembangunan dan Perkembangan Ilmu Al-Quran. YBrs Dr. Mohd Fahmi bin Abdul Khir, Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Perak dan juga Anggota MAJLIS telah dijemput bagi menyampaikan taklimat dari sudut latar belakang, kaedah pelaksanaan beserta penerangan sebahagian ayat-ayat Kauniyah. Semoga aspek kemukjizatan yang terzahir daripada ayat-ayat Kauniah dalam Al-Quran akan menjadi satu metode dakwah yang efisyen dalam zaman sains dan teknologi pada hari ini. Diharap program “Tadabbur” ini akan menjadi asbab bumi Perak yang disayangi akan dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada Yang Maha Esa lantaran bacaan Al-Quran dan penghayatannya terus disemarakkan. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala berpanjangan serta limpahan rahmat kepada semua yang menyokong usaha Program Tadabbur Al-Quran khususnya di seluruh negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta.

Bagi yang ingin menonton rakaman Program Tadabbur AlQuran Siri 1/2019, sila tekan link tersebut:

https://www.facebook.com/waqafperak/videos/2416661491724891/

 

Dikesempatan ini kami juga menjemput tuan/puan untuk bersama-sama menunaikan wakaf bagi menyokong pelaksanaan Program Tadabbur Al-Quran yang sedang berlangsung ini. Sumbangan wakaf boleh dibuat melalui maklumat nombor akaun berikut:

 

No Akaun:558024315712

Nama: Waqaf Perak Ar-Ridzuan










.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.