• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Perhimpunan Kontraktor Pembekalan dan Perkhidmatan Lantikan MAIPk 2020

Perhimpunan Kontraktor Pembekalan dan Perkhidmatan Lantikan MAIPk 2020

IPOH, 5 Februari 2020 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Perhimpunan Kontraktor Pembekalan dan Perkhidmatan Gred G1 Lantikan MAIPk 2020 bertempat di Tingkat 2, Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Perhimpunan kontraktor ini melibatkan semua kontraktor daripada semua daerah Negeri Perak bertujuan untuk memilih kontraktor bagi penggiliran kerja-kerja membina dan membaik pulih rumah. Kaedah mencabut undi telah digunakan oleh pihak MAIPk untuk memilih pemberian tender dan hal ini merupakan kaedah yang bersifat lebih adil dan telus.

Pada majlis perhimpunan kontraktor ini, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari telah memberi ucapan, antara intipatinya beliau menegaskan kepada semua kontraktor yang telah dipilih perlu memastikan kerja yang dihasilkan berkualiti dan disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Diharapkan semua kontraktor yang telah dipilih dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada MAIPk sekaligus membantu para asnaf menerima manfaat dana zakat dalam keadaan yang baik dan sempurna.






.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.