Program Jejak Asnaf Daerah Pengkalan Hulu

PENGKALAN HULU, 06 Februari 2020 – Pembukaan program Jejak Asnaf bagi tahun 2020 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah diadakan di sekitar daerah Pengkalan Hulu untuk menterjemahkan dan memperkasakan  keprihatinan MAIPk terhadap golongan-golongan yang tidak bernasib baik. Memberi makna besar kepada MAIPk dalam memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat  dibantu sebaiknya.  Pihak MAIPk dapat  bertemu dan melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar kehidupan asnaf yang tidak bernasib baik ini  walaupun lokasinya di dalam kawasan pedalaman kampung.
 
Program Jejak Asnaf  ini telah menyasarkan kepada empat buah rumah asnaf terpilih iaitu di sekitar Kg. Selarong, Kampung Seberang dan Kampung Tanjung Luas. Program Jejak Asnaf tersebut telah diketuai  oleh YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato' Ar.LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi, Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan dan disertai Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, A.F Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Unit Pembangunan Asnaf, Ustaz A.F Ahamad Muzammil bin Arbain, Pegawai Baitulmal Daerah Pengkalan Hulu, Encik Fairuz bin Zahari  serta pegawai-pegawai daerah dan ibu pejabat MAIPk. Pihak MAIPk telah menziarahi dan menyantuni penerima bantuan bulanan MAIPk daerah Pengkalan Hulu dan memberi bantuan barangan dapur dan duit saku untuk setiap keluarga. Dari segi bantuan baik pulih rumah juga diberi kepada asnaf yang memerlukan.
















.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.