Penyerahan Bangunan Pusat Hemodialisis Wakaf Di Manjung

MANJUNG, 20 Julai 2020 - Bertempat di bangunan Pusat Hemodialisis Wakaf, Kg. Dato' Sri Kamaruddin, Manjung, telah berlangsung satu majlis ringkas Penyerahan Bangunan Pusat Hemodialisis Wakaf yang telah siap sempurna oleh kontraktor ZR Construction Sdn. Bhd. kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk iaitu Tuan Shahrul Azam bin Shaari.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari, semua barisan Perunding dan juga wakil dari pihak Kumpulan Perubatan Ar-Ridzuan (KPAR).

Selaras dengan itu, pusat Hemodialisis Wakaf ini dijangka akan mula beroperasi pada penghujung tahun 2020 ini.

Terima kasih kepada semua penyumbang wakaf khususnya bagi tujuan projek ini. WPAR masih membuka tawaran kepada yang berkemampuan agar bersama-sama bergandingan bahu untuk berwakaf.












.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.