Pelajar Tajaan MAIPk Raih Anugerah Pelajar Terbaik UNIKL

IPOH, 27 Julai 2020 – Bertempat di Multipurpose Hall (MPH), UniKL Royal College Of Medicine Perak (RCMP) satu Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil bagi Program Foundation in Medical Science UniKL 2020 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang bermakna ini ditambah serinya apabila salah seorang pelajar tajaan MAIPk iaitu saudari Syakirah binti Shamsuri telah meraih Anugerah Pelajar Terbaik Pengajian Asasi Sains Perubatan UniKL , RCMP. Beliau juga dapat menyambung pengajian ke peringkat MBBS. Sebagai makluman, seramai sembilan orang pelajar telah menerima tajaan penuh daripada MAIPk bermula tahun 2018. Kesemua pelajar berkenaan mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya menyambung pengajian di peringakat ijazah sarjana muda di RCMP. Pada majlis tersebut dihadiri oleh wakil MAIPk, Puan Norfazilah binti Bawadi, Pengurus dari Bahagian Agihan Zakat.






.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.