• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Terima Zakat Perniagaan Berjumlah RM25.8 Juta Bagi Pihak MAIPk

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Terima Zakat Perniagaan Berjumlah RM25.8 Juta Bagi Pihak MAIPk

IPOH, 26 Ogos 2020 – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada 20 agensi yang berjumlah RM25,846,760.80 di suatu majlis yang berlangsung di Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Tenaga Nasional Berhad yang diwakili oleh Datuk Seri Mahdzir Bin Khalid selaku Pengerusi menjadi agensi tertinggi membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2019 iaitu sebanyak RM7,687,022.14. Ini diikuti Lembaga Tabung Haji Negeri Perak yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Teknologi, Tuan Haji Shamsul Kamal Bin Hussein Kamal berjumlah RM5,973,516.04, Lembaga Air Perak diwakili oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Ishak Bin Abd Rahman berjumlah RM5,152,000.00, Bank Pembangunan Malaysia Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan, Encik Zulkeefli Mad Karim berjumlah RM1,549,000.00, Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Eksekutif PKNPk Encik Mohd Ariff Bin Yeop Ishak berjumlah RM1, 074,417.78, Puncak Emas Infra Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar, Dato’ Mazelan Bin Mohamed berjumlah RM700,110.00.

Seterusnya ialah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Yahanis Bin Yahya berjumlah RM691,571.93, Pertubuhan Peladang Negeri Perak diwakili Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, YB Dato’ Sham Bin Mat Sahat berjumlah RM506,470.25, Perak Integrated Network Services Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Iwan Che Iwan berjumlah RM325,000.00, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Anuar Bin Zainal Abidin berjumlah RM305,000.00.

Turut tidak ketinggalan Qsr Brands (M) Holdings Sdn Bhd diwakili oleh Penasihat Syariah, Prof Madya Dr. Suhaimi bin Ab. Rahman berjumlah RM298,878.00, Ladang Moccis Sdn Bhd diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Dato’ Ahmad Sobri Bin Wan The berjumlah RM256,440.69, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) diwakili oleh Ketua Pegawai Esekutif , Tuan Azizul Rahman bin Mohammad berjumlah RM250,000.00, Agro Bank diwakili oleh Pengarah Wilayah Negeri Perak, Tuan Kamarulzaman Bin Ghazali berjumlah RM234,559.00.

Turut hadir menyampaikan bayaran zakat tersebut adalah Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak diwakili Pengerusi, Tuan Hj Zolkepli Bin Samuri berjumlah RM232,364.44, Gas Malaysia Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Ahmad Hashimi Abdul Manap berjumlah RM200,000.00, Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak diwakili oleh Pengerusi, Tuan Haji Md Saad bin Harun berjumlah RM125,771.00, Koperasi Co-Opbank Pertama Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusi, Tuan Hj Kamari Zaman Bin Juhari berjumlah RM125,550.55, Felcra Berhad Wilayah Perak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Nazrul Izam Bin Mansor berjumlah RM107,841.30 dan Koperasi Guru Melayu Perak diwakili oleh Ahli Lembaga Koperasi, Abdul Rahim Bin Abdullah Azizi berjumlah RM51,247.68.

Majlis yang berlangsung penuh dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Yang Dipertua MAIPk, ahli-ahli majlis serta tetamu jemputan daripada beberapa agensi.
















.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.