Ziarah Korporat MAIPk 2020

MANJUNG, 23 September 2020 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Program Ziarah Korporat 2020 pada 23 September di sekitar daerah Manjung. Peserta dan tetamu yang terlibat dianggarkan seramai 100 orang terdiri daripada wakil pelbagai agensi seperti syarikat korporat, GLC, para media, blogger dan jemputan khas.

Pada program Ziarah Korporat MAIPk 2020 ini diadakan majlis ramah mesra bersama asnaf dengan menziarahi dan menyantuni golongan asnaf dari rumah ke rumah dengan pihak MAIPk menyampaikan sumbangan bantuan kewangan, bantuan modal dan bantuan kotak makanan.

Program Ziarah Korporat merupakan program berkonsepkan ‘konvoi & ziarah’ seperti ini memberi peluang setiap peserta melihat sendiri secara langsung peranan yang dimainkan oleh MAIPk bagi membantu dan memperkasakan masyarakat melalui Dana Zakat. Peserta juga turut diberi pendedahan untuk merasai pengalaman tentang kepayahan dan keperitan hidup yang ditanggung oleh para asnaf selama ini.

Semoga program Ziarah Korporat MAIPk, mampu menarik lebih ramai agensi dan individu korporat di luar sana untuk terus konsisten menunaikan fardhu zakat di MAIPk bagi membela nasib para asnaf di negeri Perak khususnya. Kepada semua peserta yang terlibat, pihak MAIPk mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga ziarah ini memberikan pencerahan terhadap usaha-usaha MAIPk dalam memperkasakan kutipan dan agihan zakat di negeri Perak yang tercinta ini. Sama-samalah kita memelihara kesejahteraan ummah demi perpaduan dan kemajuan ummat Islam sejagat.











.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.