• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Penyerahan Zakat Perniagaan Syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Penyerahan Zakat Perniagaan Syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

IPOH, 26 Oktober 2020 -  Syarikat Percetakan Nasional Malasia Berhad (PNMB) menunaikan Zakat Perniagaan berjumlah RM10,610.00 bagi tahun berakhir 2019 kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Bangunan Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.

Penyerahan cek disempurnakan oleh  Tuan Mohd Yusoff bin Yahaya, Pengurus Besar PNMB cawangan Perak kepada YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Majlis turut disaksikan Encik Ahmad Nazim bin Md. Tajuri Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, En. Muhammad Faiz bin Zakaria Pengurus Bahagian Pemasaran.

Semoga dengan kesempurnaan kewajiban ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan perniagaan yang diusahakan oleh Syarikat PNMB bertambah maju dan berkembang dengan lebih jayanya.






.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.