• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Ziarah Pengkalan Hulu

Pengkalan Hulu, 02 Nov 2020 - MAIPk Pengkalan Hulu telah mengadakan Program Santunan Kasih Asnaf Daerah Pengkalan Hulu anjuran bersama MAIPk Daerah Pengkalan Hulu, Pejabat Agama Islam Daerah Pengkalan Hulu, Majlis Belia Daerah Pengkalan Hulu dan Jawatankuasa Masjid Daerah Pengkalan Hulu.

Seramai 10 keluarga asnaf dikunjungi dan disantuni di sekitar daerah ini. Alhamdulillah, program ziarah ini telah membantu pihak MAIPk mendalami pelbagai permasalahan, aduan dan cadangan daripada masyarakat dan asnaf di sekitar Pengkalan Hulu.

Semoga usahasama ini dapat memberi impak yang baik kepada asnaf serta meringankan bebanan mereka.

Disamping usaha-usaha ini, pihak MAIPk juga telah menjalankan pelbagai usaha lain seperti program Jejak Asnaf di seluruh negeri Perak pada setiap tahun, Ops Sikat dan Ops Sisih, pihak MAIPk juga mengharapkan NGO, orang awam, pemimpin masyarakat untuk menyalurkan sebarang aduan berkenaan asnaf terus kepada MAIPk melalui panggilan telefon, email ataupun mesej kami di FB Zakat Perak-MAIPk. Semoga usaha ini dapat membantu asnaf dan seterusnya memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.