• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Serah Zakat Perniagaan Berjumlah RM2,141, 250.00 juta

Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Serah Zakat Perniagaan Berjumlah RM2,141, 250.00 juta

KUALA LUMPUR, 4 Disember 2020 - Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyampaikan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2019 berjumlah RM2,141, 250.00 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum SultanAzlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima zakat perniagaan itu bagi pihak MAIPk yang diserahkan Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Dr. Zeti Aziz di Istana Hinggap Perak. Turut hadir mengiringi ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tuan Zulqarnain Onn, Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, YBhg. Dato' Mohd Nizam Zainordin, Ketua Jabatan Pengurusan Shariah, Ybrs. Dr. Ahmad Basri Ibrahim.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja YABhg. Jen. (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin, Yang Dipertua MAIPk YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin, dua orang Ahli Majlis MAIPk YBhg. Dato' Dr. Afifi Al-Akiti dan YABhg. Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari.








.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.