• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Program Jejak Asnaf Daerah Bagan Serai

BAGAN SERAI, 21 Januari 2021 - Pihak MAIPk terus menjalankan Program Jejak Asnaf dalam mengenalpasti dan menyantuni mereka yang memerlukan bantuan daripada pihak MAIPk. Sebanyak 5 buah rumah telah disantuni pada program pada kali ini di dalam kawasan Mukim Bagan Serai dan Mukim Beriah.

Program Jejak Asnaf tersebut telah diketuai oleh YBhg. Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera Ahmad Raziff bin Dato’ Seri Mohamad Zulkifli, Orang Besar Jajahan Kerian, Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Encik Bakri bin Lee, Pengurus Besar Agihan Zakat, Encik S.Daud Bin Shehamy, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Serai serta pegawai-pegawai daerah dan ibu pejabat MAIPk.

Setiap rumah yang dikunjungi, pihak MAIPk telah menyalurkan bantuan berbentuk kewangan dan barangan dapur bagi kegunaan dan perbelanjaan mereka. Hasil kunjungan yang dijalankan, pelbagai jenis bantuan akan dipertimbangkan oleh pihak MAIPk seperti bantuan baik pulih rumah dan bantuan bina rumah sebagai langkah susulan dari program jejak asnaf ini agar nasib mereka akan terbela dan mendapat perhatian yang sewajarnya. Program seumpama ini usaha berterusan pihak MAIPk dalam menyantuni golongan yang kurang berkemampuan. Jutaan terima kasih kepada pembayar zakat negeri Perak, semoga rezeki anda terus bertambah dan hidup penuh dengan keberkatanNya.













.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.