• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 Oleh Sirim Qas International Sdn. Bhd.

Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 Oleh Sirim Qas International Sdn. Bhd.

IPOH, 15 Mac 2021 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak telah diaudit oleh pihak SIRIM secara bersemuka bagi tujuan Pensijilan Semula ISO 9001:2015 yang mana akan tamat pada 22 Mac 2020. Tuan Khalid bin Seliman (Ketua Audit SIRIM) bersama pasukannya iaitu Tuan Lt. Kol. (B) Abd Lataf bin Daud, Tuan Akmar Hisham bin Saat dan Tuan Mohd Hisyam bin Mahadi telah melaksanakan pengauditan ke atas dokumentasi Prosedur Kualiti, Manual Kualiti, Pelan Pengurusan Risiko dan isu-isu berkaitan Pengurusan Promosi, Kutipan dan Agihan Zakat di Negeri Perak. Juruaudit juga menyemak dokumen-dokumen pentadbiran, rekod audit dalam dan rekod Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang telah diadakan pada 11 Februari 2021.

Audit pemantauan untuk Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 berkenaan telah diadakan selama tiga hari iaitu pada 10 hingga 12 Mac 2021. Manakala mesyuarat penutup bagi audit pemantauan tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIPk.

Syabas kepada Pengurusan Tertinggi, wakil pengurusan, pegawai dan kakitangan MAIPk, urusetia dan semua ahli jawatankuasa Sekretariat ISO 9001:2015 atas komitmen dan usaha menjayakan kejayaan pengauditan pada kali ini yang mana setakat ini tiada ketaakuran (NCR) dicatatkan.

Semoga pelaksanaan MS ISO 9001:2015 di MAIPk dapat dilaksanakan dengan lebih MANTAP dan BERKESAN bagi memenuhi kehendak pelanggan secara berterusan.










.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.