Lembaran Baharu Program Latihan Kemahiran Asnaf MAIPk

IPOH - 01 April 2021 - Majlis Agama Islam & 'Adat Melayu Perak ( MAIPk ) kembali melaksanakan program Latihan Kemahiran Asnaf 2021 yang tertangguh sejak sekian lama ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, seramai 20 orang pelatih yang terdiri daripada anak-anak asnaf fakir & miskin seluruh negeri Perak telah melafazkan akujanji & seterusnya menyertai Kursus Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Kursus tersebut akan dijalankan di Schwhin College, Subang Jaya, Selangor selama 12 bulan & para pelatih akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 & Asuhan PERMATA serta jaminan pekerjaan selepas tamat belajar.

Sesi taklimat telah diurusetiakan oleh Unit Pemerkasaan Asnaf MAIPk & disusuli penerangan ringkas kursus oleh wakil pihak kolej. Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tn Shahrul Azam bin Shaari yang berbesar hati memberikan amanat & mendengar lafaz akujanji para pelatih yang terpilih.

Semoga kesemua pelatih dapat memberikan komitmen terbaik & berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang yg seterusnya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing..

Datang dengan HARAPAN, Pulang dengan KEJAYAAN..

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT MAIPk..
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.