• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Lapan agensi serah zakat perniagaan kepada MAIPk berjumlah RM14.43 juta

Lapan agensi serah zakat perniagaan kepada MAIPk berjumlah RM14.43 juta

ISTANA KINTA, 7 Mei 2021 (Jumaat) - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan daripada 8 agensi korporat yang bernilai RM14,435,071.94.

Serahan zakat tersebut diwakili oleh Pengarah Tabung Haji Negeri Perak, Tuan Haji Mohamad Bin Abas, Pengurus Besar Lembaga Air Perak, Dato Haji Ishak Bin Abd Rahman, Pengurus Besar Puncak Emas Infra Sdn Bhd Ir. Saiful Azzuan Bin Aznam, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak YB. Dato Haji Sham Bin Mat Sahat, Pengerusi Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad, Tuan Haji Salleh Hudin Bin Kamarudin, Pengurus Hal Ehwal Korporat Belati Wangsa (M) Sdn Bhd, Encik Shahrizal Bin Kamarulzaman, Pengarah Serantau Maybank Islamic Berhad, Datin Munirah Binti Che Rose serta Pengurus Besar Regulatory & Strategy Telekom Malaysia Berhad, Tuan Haji Badrul Hisham Bin Bahari.

Semasa majlis berkenaan, Lembaga Tabung Haji menjadi agensi tertinggi membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2020 iaitu sebanyak RM7,036,598.40. Ini diikuti Lembaga Air Perak RM4,603,000.00, Puncak Emas Infra Sdn Bhd RM800,203.52 dan Pertubuhan Peladang Negeri Perak RM692,046.00. Seterusnya ialah Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad RM494,467.00, Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd. RM302,000.00, Maybank Islamic Berhad RM295,695.02 dan Telekom Malaysia Berhad RM211.062.00.

Majlis ini turut dihadiri oleh YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja YABhg. Jen. (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, YABhg. Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini dan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk iaitu YBrs. Shahrul Azam bin Shaari.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Bin Shaari berkata, syarikat yang membayar zakat perniagaan akan dapat  mengukuhkan reputasi mereka dengan pelanggan masing-masing malah memenuhi tuntutan ‘stake holder’ muslim setiap syarikat.

Katanya lagi, “semasa kita sedang berada dalam persekitaran yang amat mencabar sekarang, syarikat korporat bukan sahaja perlu bersaing untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap serta mengeluarkan produk yang berkualiti tetapi juga perlu bersama menonjolkan sikap kepedulian terhadap mereka yang memerlukan melalui pengagihan kekayaan zakat syarikat bagi membantu sosio ekonomi masyarakat,” katanya.

Majlis ini telah berlangsung secara ringkas namun ia dijalankan dengan penuh istiadat dan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).














.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.