Secebis Kisah Asnaf Di Singkap



Sila klik pada gambar

Kami sepasukan jentera penggerak Zakat Perak-MAIPk daerah Muallim bersama Imam Muda Hassan menyantuni sebuah keluarga asnaf.

Kami bergerak ke Kampung Balun, Slim.

Kakak Rosnani seorang ibu tunggal.
Beliau tinggal bersama 2 orang anaknya yang masih bersekolah menengah.

Rosnani mengidap sakit jantung. Sukar untuk bergerak aktif.
Nafasnya akan sempit jika banyak bergerak.
Beliau sentiasa mendapatkan rawatan susulan di hospital daerah ini.

Mereka telah menerima bantuan rumah baru pada tahun 2020 lalu.
Menggantikan rumahnya yang terlalu uzur untuk didiami.

Rumah ini didirikan di atas tanah pusaka.
Rumah tiga bilik ini selamat bagi mereka 3 beranak berteduh.
Rumah yang lengkap dengan api dan air ini syurga baru buat mereka.

Anak-anak pun selesa belajar.
Senyuman sentiasa di bibir samasa kunjungan kami.
Membayangkan mereka sungguh berterima kasih di atas keprihatinan masyarakat.

Kami sampaikan kepada mereka, serahkan kesyukuran kepada Allah.
Dana zakat yang disalurkan datang dari kewajipan muslimin dan muslimat.
Doakan mereka yang berzakat dimurahkan rezeki.
.
Selain itu, keluarga ini menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM400.00.
Tidak banyak, tapi lepas untuk berbelanja makan dan minum secara sederhana.
Beras fidyah yang diterima setiap bulan juga melegakan mereka.

Ini secebis kisah asnaf yang kami singkap.
Ada banyak lagi di seluruh negeri. Nasib mereka ini harus dibela.
Bersama dengan kami kita berganding bahu. Ketepikan apa sahaja alasan.
Kita sepakat menjadikan ini perjuangan bersama.

Kami menyediakan peluang untuk anda bersama membantu mereka yang dalam kesusahan. Masih ramai mustahiq yang memerlukan muzakki.

2.5% zakat anda, meringan beban 8 asnaf.
2.5% jumlahnya kecil, namun besar bagi mereka yang memerlukan.

Yakini kami!
Terus menunaikan kewajipan zakat anda di Zakat Perak-MAIPk.
Pembayaran zakat harta secara online PILIHAN UTAMA.
Klik: https://ezakat.maiamp.gov.my

Nota: Ziarah ini dilakukan diluar waktu PKP.

#KamiAda
#ZakatPerakAda
#MAIPkSamaBantu
#MohKiteBerzakat
#HadKifayahPerak
#ZakatOnline
#SkimBantuanRumah
#2.5PeratusZakatMeringanBebanAsnaf

.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.