Serahan Bantuan Dan Santuni Asnaf di Daerah Muallim

25 Mei 2021, Muallim - Pihak MAIPk Daerah Muallim turun padang menyantuni asnaf yang diketuai oleh Pegawai Baitulmal Daerah Muallim, Encik Nabil Fikri.

1.Bantuan Perubatan di Kg. Kurnia Slim River kepada En. Azman yang menghidap penyakit angin ahmar. Bantuan perubatan berjumlah RM5,000.00 di bawah Skim Bantuan Perubatan MAIPk telah diserahkan ibu penerima En. Azman bin Mohamad berikutan En. Azman sedang menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Selayang.

En. Azman merupakan seorang peniaga kecil-kecilan (goreng pisang) dalam pekan Slim River dan masih mempunyai tanggungan anak yang masih belajar.








2. Bantuan barangan perubatan berjumlah RM6,000.00 kepada En. Othman bin Adnan di Kg. Jaya Kuala Slim. Beliau menghidap penyakit usus dan baharu sahaja menjalani pembedahan di Hospital Slim River. Akibat daripada penyakit yang dialami menyebabkan En. Othman yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan darat tidak lagi mampu untuk bekerja dan mengharapkan sumbangan isteri yang bekerja sebagai pembantu kedai makan untuk menampung perbelanjaan keluarga.





3. Bantuan berupa barangan perubatan berjumlah RM3,000.00 kepada adik Intan Nurkamilia Binti Nizam di Taman Ketoyong Tg. Malim. Adik Intan berumur 13 tahun mengalami sakit usus dan buah pinggang yang menyebabkan beliau tidak dapat membuang air dengan sempurna. Ibu dan bapanya merupakan seorang peniaga ayam segar secara kecil-kecilan di pasar Tg. Malim.





Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban kepada para penerima.Pihak MAIPk Daerah Muallim mendoakan agar dipermudahkan segala urusan dan segera sembuh hendaknya kepada semua penerima bantuan MAIPk


Terima kasih kepada para pembayar zakat Negeri Perak.
Anda hero Asnaf.

2.5% zakat anda, meringan beban 8 asnaf.
2.5% jumlahnya kecil, namun besar bagi mereka yang memerlukan.

Yakini kami!
Terus menunaikan kewajipan zakat anda di Zakat Perak-MAIPk.
Pembayaran zakat harta secara online PILIHAN UTAMA.
Klik: https://ezakat.maiamp.gov.my
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.