• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Karya Pelajar Tajaan MAIPk Di Pameran Seni Khat Antarabangsa Kaherah 2021

Karya Pelajar Tajaan MAIPk Di Pameran Seni Khat Antarabangsa Kaherah 2021

Pameran Seni Khat Antarabangsa Kaherah 2021 (Multaqa Kaherah Kali Ke-6) telah berlangsung di Cairo Palace Of Arts, Opera House, Egypt pada 2 hingga 14 Jun 2021.
.
Pameran ini telah memaparkan 93 hasil karya peserta yang terpilih daripada ratusan permohonan setelah saringan dijalankan.

Salah seorang peserta terpilih merupakan penerima Dermasiswa Luar Negara MAIPk  yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Saudari Rabiatul Arbaiyah mempamerkan karya khat bertemakan menara KLCC yang mengandungi tulisan Khat Kufi Murabba'. (Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad ﷺ pesuruh Allah). - Rujuk Poster.

Para peserta pameran khat ini terdiri daripada pelbagai negara iaitu Mesir, Malaysia, Iraq, Algeria, Indonesia, United Kingdom, Tanzania, China, dan Itali.

Pemilihan karya pelajar Malaysia di dalam pameran tersebut telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Ternyata pelajar Malaysia di luar negara mempunyai bakat yang hebat dan membanggakan seluruh warga Malaysia. Syabas diucapkan kepada Rabiatul Arbaiyah Binti Zulkifflee merupakan Pelajar Tahun 4, Kuliah Bahasa Arab, Universiti Al Azhar, Kaherah.


Turut terpilih mewakili Malaysia, rakannya Saudari Khuwailah. Zakat Perak-MAIPk mengucapkan tahniah kepada para muzakki yang tidak pernah jemu-jemu bersama kami membangunkan asnaf. Ini satu kejayaan pelajar tajaan dermasiswa daripada dana zakat. Wang para muzakki menjadi asbab keberadaan Rabiatul di Kaherah. Hari ini karyanya menjadi kebanggaan kita. Hingga mengharumkan nama negara Malaysia tercinta.

.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.