MAIPk Bantu Nelayan Peralatan Bot Dan Enjin

BAGAN SERAI, 13 Ogos 2021 – Seorang nelayan Encik Mohd Fadzil bin Din dari Kampung Tepi Kolam, Bukit Merah, Bagan Serai bersyukur dan menarik nafas lega apabila mendapat sebuah bot dan enjin yang baru bantuan daripada MAIPk. Pihak MAIPk melalui Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Serai telah menyerahkan sumbangan tersebut. Mohd Fadzil layak menerima bantuan bot setelah bancian had kifayah melayakkan dia menerima bantuan zakat. Encik Mohd Fadzil merupakan penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk sebanyak RM300.00. Beliau mempunyai isi rumah sebanyak 11 orang termasuk mempunyai 8 orang anak . Pendapatan belaiau sebagai nelayan darat yang tidak menentu dianggarkan memperolehi RM1,000.00 hingga RM1,200.00 sebulan. Semoga bantuan ini akan dapat membantu Encik Mohd Fadzil menambah sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

Marilah anak-anak Perak bergerak bersama MAIPk. Kita membela nasib mereka yang berada di kampung dan pendalaman. Biar sama merasa kehidupan yang indah ini. Mari kita berzakat di Zakat Perak-MAIPk untuk bantu para asnaf. Demi memudahkan anak-anak Perak membayar zakat, disediakan ZAKAT ONLINE.


Hanya klik: https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.