Bengkel Pemahaman Pelan Baharu Bantuan Bina Rumah MAIPk

Pada 24 Ogos 2021(Isnin) telah diadakan Bengkel Pemahaman Pelan Baharu Bantuan Bina Rumah selama sehari secara atas talian dengan menggunakan medium zoom meeting. Bengkel bertujuan bagi menerangkan akan penetapan konsep dan kaedah baharu dalam proses Skim Bantuan Bina Rumah MAIPk. Selain daripada itu, penerangan berkenaan peranan dan bidang tugas Unit Pengurusan Projek (UPP) dalam menyelaras dan merancang kerja-kerja untuk Skim Bantuan Bina Rumah MAIPk. Seramai 36 pekhidmat MAIPk yang terlibat dengan kerja-kerja Skim Bantuan Bina Rumah telah menyertai bengkel tersebut yang dijalankan secara dalam talian. Unit Pengurusan Projek (UPP) telah bertindak sebagai fasilitator dalam memberikan taklimat berkenaan pelan baharu bantuan bina rumah MAIPk. Semoga bengkel yang telah diadakan ini dapat memberikan pengetahuan dan pendedahan yang berguna kepada peserta.


.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.