Kursus Level 5 Leadership MAIPk

Pada 9,10,11 September 2021 - MAIPk telah mengadakan Kursus Level 5 Leadership khusus untuk Pekhidmat MAIPk di peringkat gred 29 ke atas. Kursus ini telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform zoom meeting. Kursus telah dikendalikan oleh En Zukernain Wook daripada Innotech Excel Consulting selaku penceramah sepanjang kursus berlangsung. Seramai 31 orang Pekhidmat MAIPk dari Ibu Pejabat dan Daerah telah berjaya mengikuti kursus tersebut dengan jayanya. Objektif kursus adalah bagi memastikan mereka dapat mengatasi setiap cabaran semasa yang sentiasa bersifat dinamik dalam tugas-tugas kepimpinan. Peserta kursus didedahkan dengan penggunaan teknik dan kaedah kepimpinan yang menepati kepimpinan ARAS 5 ; Level 5 Leadership. Interaksi yang aktif antara peserta dan penceramah telah membolehkan perkongsian ilmu dan pengalaman dapat memberikan impak yang tinggi kepada peserta. Semoga kursus yang telah dijalankan ini mampu memtransformasikan dan merubah daya fikir dalam cara kerja peserta.












.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.