Usahawan Asnaf Zakat Perak-Dana Khas PKP 3.0

Berita yang sangat menggembirakan bagi Usahawan Asnaf Zakat Perak. Seramai 300 usahawan diberi perhatian serius. Mereka digalakkan mendigitalkan perniagaan.

Era perniagaan digital sangat cepat berkembang. Zakat Perak-MAIPk sendiri teruja dengan perkembang ini. Ada di kalangan usahawan yang telah diberi bantuan modal perniagaan lalu menjalankannya secara digital.

Sungguh tidak disangka, pendigitalan perniagaan mereka memberi kesan sangat positif. Bertitik tolak dari situ satu kajian telah diadakan.

Seterusnya bagi merealisasikan perniagaan digital di kalangan asnaf, diberikan satu peruntukan besar untuk dimanfaatkan oleh Usahawan Asnaf Zakat Perak.

Seramai 300 orang diberikan bantuan tablet dan pelan data internet. Tablet 300 unit berjumlah RM231,000.00. Manakala pelan data Internet untuk 3 bulan sebanyak RM64,882.00. Membawa jumlah besar sebanyak RM295,882.00.

Muzakki dan anak-anak Perak, telah kami khabarkan agihan zakat bukan untuk bermewah-mewah. Tetapi satu keperluan untuk kebaikan asnaf. Sebab itu kami yakin dengan bantuan mendigitalkan perniagaan, pendapatan asnaf boleh melonjak.

Yakini Zakat Perak-MAIPk dan Yakini Usahawan Asnaf Zakat Perak. Kami berusaha menjadi yang terbaik.

Ingin bersama Usahawan Asnaf Zakat Perak? Sebarang urusan berkaitan dengan BANTUAN MODAL / KEUSAHAWANAN / SKIM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAF. Sila hubungi nombor talian yang tertera dalam pautan ini. https://www.facebook.com/1426992360871782/posts/3112090235695311/
Zakat 2.5%. Demi 8 asnaf.

Zakat Perak-MAIPk Prihatin.
Muzakki dan Anak-anak Perak Prihatin.
#KamiAda #ZakatPerakAda #MAIPkSamaBantu #MohKiteBerzakat #HadKifayah #ZakatOnline #BantuanModal #Keusahawanan #SkimLatihanKemahiranAsnaf #MendigitalkanPerniagaan
Berita yang sangat menggembirakan bagi Usahawan Asnaf Zakat Perak. Seramai 300 usahawan diberi perhatian serius. Mereka digalakkan mendigitalkan perniagaan.

Era perniagaan digital sangat cepat berkembang. Zakat Perak-MAIPk sendiri teruja dengan perkembang ini. Ada di kalangan usahawan yang telah diberi bantuan modal perniagaan lalu menjalankannya secara digital.

Sungguh tidak disangka, pendigitalan perniagaan mereka memberi kesan sangat positif. Bertitik tolak dari situ satu kajian telah diadakan.

Seterusnya bagi merealisasikan perniagaan digital di kalangan asnaf, diberikan satu peruntukan besar untuk dimanfaatkan oleh Usahawan Asnaf Zakat Perak.

Seramai 300 orang diberikan bantuan tablet dan pelan data internet. Tablet 300 unit berjumlah RM231,000.00. Manakala pelan data Internet untuk 3 bulan sebanyak RM64,882.00. Membawa jumlah besar sebanyak RM295,882.00.

Muzakki dan anak-anak Perak, telah kami khabarkan agihan zakat bukan untuk bermewah-mewah. Tetapi satu keperluan untuk kebaikan asnaf. Sebab itu kami yakin dengan bantuan mendigitalkan perniagaan, pendapatan asnaf boleh melonjak.

Yakini Zakat Perak-MAIPk dan Yakini Usahawan Asnaf Zakat Perak. Kami berusaha menjadi yang terbaik.

Ingin bersama Usahawan Asnaf Zakat Perak? Sebarang urusan berkaitan dengan BANTUAN MODAL / KEUSAHAWANAN / SKIM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAF. Sila hubungi nombor talian yang tertera dalam pautan ini. https://www.facebook.com/1426992360871782/posts/3112090235695311/ Zakat 2.5%. Demi 8 asnaf.
 
Zakat Perak-MAIPk Prihatin.

Muzakki dan Anak-anak Perak Prihatin.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.