• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk Taja 30 Orang Pelatih Kemahiran Untuk Kursus Up-Skills Pendidikan & Pengasuhan Awal Kanak-Kanak

MAIPk Taja 30 Orang Pelatih Kemahiran Untuk Kursus Up-Skills Pendidikan & Pengasuhan Awal Kanak-Kanak

IPOH - 16.11.2021 ( SELASA ), Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) meneruskan usaha bagi membangunkan Modal Insan di kalangan masyarakat Islam di negeri ini dengan membiayai 30 orang pelatih kemahiran asnaf dalam Kursus Pendidikan Dan Pengasuhan Awal Kanak-Kanak(PAKK).

Program Peningkatan Kemahiran ( Up-Skilling ) yang julung-julung kali dilaksanakan ini mengenalpasti kelompok asnaf & anak-anak asnaf yang pernah & sedang berkecimpung dalam bidang PAKK namun mereka masih belum mempunyai pensijilan rasmi & diiktiraf dalam bidang ini.

Bagi menjayakan program kali ini, pihak MAIPk telah melantik TAJ International College ( TIC ) bagi menerima amanah & tanggungjawab mempertingkatkan potensi & kemahiran para pelatih yang terpilih.

Semoga program yang telah bermula secara atas talian sejak September 2021 lepas akan mencapai matlamat & sasaran bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang pengasuhan kanak-kanak di samping memberikan pekerjaan yang akan lebih menjamin serta meningkatkan taraf kehidupan para asnaf.

Terima kasih Para Muzakki..Zakat Anda, Amanah & Tanggungjawab MAIPk.
#DaripadaANDA,UntukASNAF..


























.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.