Sumbangan MAIPk Kepada Mahasiswa Perak Di Luar Negara

Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak menyalurkan sumbangan khas kepada Mahasiswa Baru Anak Perak sebanyak RM 2,000.00 setiap orang. Sumbangan khas ini diluluskan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Kumpulan Mahasiswa tersebut telah berada di Mesir selama 2 bulan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera serta di bawah lembayung rahmat Ilahi.

Mereka juga istiqamah dalam hafazan Al Quran sebanyak 2 juzuk sebagaimana ketetapan dan persetujuan yang telah dicapai bersama pentadbiran ini bagi memastikan setiap Mahasiswa Baru sentiasa melazimi hafazan Al Quran.

Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Dewan Shaikh Idris Al Marbawi, Wisma Perak Baitul Ridzuan. Atase Pendidikan Negeri Perak dalam ucapannya telah mengemukakan 2 soalan kepada semua mahasiswa baru untuk di jawab.

1. Kenapa mahu menjadi Mahasiswa Al Azhar?
2.Apa yang kamu cari dalam hidup ini?
Terima kasih kepada pihak MAIPk dan Para Muzakki Zakat Perak.








































.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.