Taklimat Zakat Kontinjen PDRM Perak

Bersempena dengan Kursus Imam/Bilal Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, MAIPk turut dijemput untuk mengisi salah satu slot taklimat yang berlangsung pada jam 11 pagi, 25 November 2021. Objektif utama taklimat tersebut adalah untuk menyebarluaskan syiar zakat dan dakwah khususnya kepada anggota Polis Diraja Malaysia sendiri.

Alhamdulillah, majlis taklimat tersebut telah dihadiri oleh 100 orang anggota PDRM dan turut diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Perak, YDH Dato’ Mior Faridalathrash Wahid.

Pengisian taklimat tersebut telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Faiz bin Zakaria, Pengurus Unit Dakwah, Bahagian Pemasaran MAIPk. Dalam taklimat tersebut, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Faiz telah menerangkan mengenai skim pembayaran zakat menerusi potongan gaji, zakat pendapatan, ilmu kiraan zakat dan cara potongan gaji dilaksanakan.

Terima kasih kepada pihak PDRM khususnya Ketua Polis Perak kerana turut menjemput wakil MAIPk dalam memanfaatkan pengisian program yang dianjurkan itu. Pihak MAIPk amat berbesar hati untuk turut sama dalam apa-apa program dakwah anjuran PDRM Perak demi kemaslahatan dan kepentingan anggota PDRM Perak yang beragama Islam. Semoga program anjuran PDRM sebegini yang turut melibatkan MAIPk akan dapat diperluaskan lagi ke daerah-daerah yang lain pula.

Selain pelbagai kaedah pembayaran yang dimaklumkan dalam taklimat tersebut, mana-mana anggota PDRM yang lebih selesa berurusan secara atas talian, zakat juga boleh dibayar kepada Zakat Perak MAIPk menerusi online FPX.

Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.