Derita Tiga Beradik Warga Emas

Kisah duka kehidupan Rahmah Mustafa, 64 tahun bersama-sama dua orang adiknya, Che Manis, 59 tahun dan Wan Ali, 54 tahun telah mendapat liputan lanjut akhbar digital My Metro pada 23 November 2021. Seorang daripada adiknya itu terlantar akibat kemalangan dan seorang lagi akibat penyakit angin ahmar.

Akibatnya, mereka hilang keupayaan untuk bekerja bagi menampung kehidupan. Sewa rumah yang mereka diami itu juga sudah tertunggak selama 14 bulan. Nilainya sudah mencecah RM3500.

Dalam suatu program ziarah pihak MAIPk bersama-sama ADUN Selama, Encik Mohd Akmal Kamarudin, tunggakan sewa rumah mereka itu akan dilangsaikan oleh pihak MAIPk di bawah Skim Bantuan Gharimin. Pihak MAIPk juga akan membawa nasib malang tiga beradik itu ke dalam Mesyuarat Baitulmal Daerah untuk membincangkan bantuan yang selayaknya diberikan kepada mereka.

Antara bantuan yang amat diperlukan oleh tiga beradik ini adalah seperti bantuan perubatan untuk menampung kos rawatan serta bantuan keperluan harian mereka. Pihak MAIPk juga mempertimbangkan untuk membina sebuah rumah buat tiga beradik ini di tapak yang sesuai. Sebelum beredar, pihak MAIPk menyampaikan bantuan kecemasan berupa wang tunai RM300, beras dan juga makanan kering.

Sungguh menginsafkan keadaan yang terpaksa dilalui oleh ketiga-tiga orang adik-beradik warga emas ini. Betapa bersyukurnya kita yang masih mampu menikmati kehidupan ini dalam suasana yang jauh lebih baik daripada mereka. Maka, terjemahkanlah kesyukuran kita itu dengan menjadi muzakki yang istiqamah bersama-sama Zakat Perak MAIPk agar lebih ramai asnaf di negeri Perak ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Tambahan di hujung tahun sebegini, tunaikanlah segera zakat yang masih tertangguh. Jom setel zakat sebelum 31 Disember ini untuk mendapatkan rebat cukai individu daripada pihak LHDN bagi tahun taksiran 2021. Cara yang paling mudah dan selamat, tunaikan zakat anda melalui online FPX.

Klik: https://ezakat.maiamp.gov.my.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.