• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Enam agensi serah zakat perniagaan kepada MAIPk berjumlah RM7.8 juta

Enam agensi serah zakat perniagaan kepada MAIPk berjumlah RM7.8 juta

6 Disember 2021, Kuala Lumpur- Sultan Perak , Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM7,809,259.80 daripada Enam syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak di Istana Perak Bukit Changkat Persekutuan hari ini.

Penyerahan itu didahului oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ir. Baharin Bin Din dengan jumlah bayaran zakat perniagaan RM6,095,402.30.

Ia diikuti Etiqa Family Takaful Berhad Dan Etiqa General Takaful Berhad yang diwakili Dr. Abdul Rahim Bin Abdul Rahman (Ahli Jawatankuasa Syariah) dengan jumlah zakat perniagaan RM775,000.00. Sementara itu, Fgv Holdings Berhad diwakili oleh Pengerusi Kumpulan FGV Holdings Berhad, Dato’ Dzulkifli Bin Abd Wahab menyerahkan zakat perniagaan RM577,752.30.

Turut menunaikan zakat perniagaan adalah Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Berhad (Angkasa) berjumlah RM221,105.20 yang diserahkan oleh Pengerusi JPAN Negeri Perak, Tn. Hj. Mohd Rosli Hj. Basri. Diikuti Gitn Sdn Berhad yang diserahkan oleh Ketua Perkhidmatan & Pengurusan Korporat, Norfaizah Binti Mohd Puad berjumlah RM140,000.00.

Hadir sama Orang Kaya Tun Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, Ahli Majlis MAIPk Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Shahrul Azam Shaari.












.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.