• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Majlis Konvokesyen Kemahiran Dan Keusahawanan Ke -7

SHAH ALAM, 21 Disember 2021: Bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor, Majlis Konvokesyen Kemahiran dan Keusahawanan Ke-7 diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi penuh gilang gemilang.

Dalam majlis tersebut, seramai 33 orang usahawan Asnaf PROPER A telah menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi pensijilan Urut Terapi & Spa Terapi manakala seorang usahawan telah dianugerahi Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Pentadbiran Spa.

Kesemua graduan tersebut layak menerima pensijilan ini berdasarkan pengalaman mereka setelah mengikuti program PROPER A pada 2019. Mereka dinilai berdasarkan kaedah PPT (Penilaian Pencapaian Terdahulu) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Sepanjang mengikuti program PROPER A tersebut, mereka telah mendapat bimbingan dan latihan secara profesional daripada Nikky Pir Khan Touch dan Humaira Salon Spa.

Penyampaian sijil dan diploma dalam majlis itu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Ts. Hj. Zaihan Shukri, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Kejayaan kesemua penerima sijil dan diploma itu menjadi bukti yang jelas bahawa Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) yang merupakan antara bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk golongan asnaf yang berpotensi dalam dunia perniagaan sebagai berkesan dan berjaya.

Tahniah dan syabas buat kesemua penerima sijil dan diploma dalam majlis tersebut. Sekalung penghargaan buat para muzakki yang terus memberikan keyakinan kepada MAIPk untuk menguruskan zakat yang dibayar mereka dengan penuh amanah, profesional, berkesan dan menyeluruh. Teruskan kepercayaan anda. Sempurnakan bayaran zakat anda sebelum 31 Disember ini untuk mendapatkan rebat cukai pendapatan individu bagi tahun taksiran 2021.
Kaunter bayaran zakat dan wakaf MAIPk di semua cawangan dibuka setiap hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Manakala bagi kaunter zakat dan wakaf pandu lalu di Ibu Pejabat MAIPk juga dibuka setiap hari sehingga 31 Disember 2021 demi kemudahan anda daripada kami, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.