Misi Bantuan Banjir MAIPk Ke Pahang

IPOH, 31 Disember 2021 – Majlis pelepasan konvoi Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak untuk Misi Bantuan Banjir MAIPk Ke Pahang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, Encik Shahrul Azam Shaari.

Terdahulu daripada itu, para peserta berkumpul di pekarangan Bank Islam Malaysia Berhad, Ipoh untuk mendengar taklimat ringkas serta ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.

Konvoi kali ini disertai oleh 40 buah kenderaan 4X4 dengan anggota seramai 40 orang. Misi bantuan banjir ke Pahang ini akan berjalan selama tiga hari bermula dari 31 Disember 2021 hingga 2 Januari 2021. Turut serta dalam konvoi kali ini, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, Encik Ahmad Nazim bin Md Tajuri.

Antara lain, objektif misi bantuan ini adalah sebagai kesinambungan bantuan yang telah pun dihulurkan oleh pelbagai pihak sebelum ini untuk memastikan keadaan dan nasib mangsa banjir yang terlibat terus mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Semoga konvoi MAIPk ini sentiasa dalam perlindungan Allah SWT serta dipermudahkan pula segala urusan dalam menyempurnakan misi bantuan banjir kali ini. Fi amaanillahi wa hifdzillah.

Turut hadir dalam majlis pelepasan konvoi MAIPk ke Pahang ini ialah Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato’ Zambri bin Hashim.

.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.