• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Penyerahan Zakat Perniagaan Boustead Plantations Berhad Berjumlah RM296,623.00

Penyerahan Zakat Perniagaan Boustead Plantations Berhad Berjumlah RM296,623.00

IPOH, 11 Januari 2022 - Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Boustead Plantations Berhad kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Pihak Boustead Plantations Berhad menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM296,623.00 bagi tahun berakhir 2020 yang diserahkan oleh Tuan Mohamad Mahazir Mustaffa, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Boustead Plantations Berhad kepada  YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Pada majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Ahmad Nazim bin Md. Tajuri, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk. Semoga penyerahan zakat ini berterusan dan dapat membantu ke arah pembangunan dan keperluan asnaf zakat di negeri Perak serta perniagaan Boustead Plantations Berhad bertambah maju dan berkembang dengan lebih jayanya.







.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.