• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Bantuan Modal Peralatan Tingkatkan Produktiviti

Rosnani binti Abd Rahman
Kampung Pahit Luar, Gerik
Bantuan Modal Peralatan

GERIK - Sudah dua tahun lebih Puan Rosnani binti Abd Rahman dari Kampung Pahit Luar, Gerik menjual kuih dan karipap frozen. Dia hanya melakukannya secara kecil-kecilan sahaja di hadapan rumahnya sendiri. Kalau ada permintaan, dia akan menghantar pesanan pelanggannya ke rumah mereka terutama yang tinggal di kawasan sekitar.


Semua itu dilakukannya untuk membantu suaminya yang bekerja kampung menampung keperluan hidup mereka dan tiga orang cahaya mata mereka. Yang bagusnya, Puan Rosnani memang memiliki lesen perniagaan SSM. Sekurang-kurangnya dapatlah dia menjalankan perniagaannya secara sah.


Puan Rosnani yakin bahawa dia mampu bergerak lebih maju ke hadapan. Namun ada kekangan yang perlu diatasinya untuk meningkatkan lagi produktivitinya. Untuk membuat kuih-muih dan karipap frozen itu, dia hanya menggunakan tangan tanpa bantuan sebarang peralatan atau mesin yang sesuai. Oleh sebab itu, dia tidak berdaya untuk menghasilkan produk jualannya dengan skala yang besar. Dia juga memiliki hanya sebuah peti sejuk beku yang kecil. Tidak mungkin peti sejuk beku yang kecil itu mampu menyimpan stok produk yang dihasilkannya.


Melihatkan kesungguhan yang telah dibuktikan sendiri oleh Puan Rosnani, MAIPk telah pun meluluskan permohonannya untuk mendapatkan bantuan modal peralatan daripada MAIPk. Pada 23 Mac 2022 yang lalu, peralatan mesin menguli tepung dan sebuah peti sejuk beku yang keseluruhannya bernilai RM5000.00 telah diserahkan kepada Puan Rosnani.


Jelas tergambar rasa syukur dan gembira pada wajah Puan Rosnani apabila menerima sumbangan bantuan modal peralatan daripada MAIPk itu. Semoga Puan Rosnani lebih bersemangat dalam memajukan peniagaannya dan menjadi usahawan asnaf yang berjaya. Selamat maju jaya buat Puan Rosnani dan terima kasih buat para muzakki negeri Perak.

Teruskan istiqamah berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Pelbagai bentuk bantuan dapat disalurkan kepada golongan asnaf mengikut keperluan sebenar mereka. Tunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.