• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : MEMUDAHKAN PENGURUSAN DIRI

Abdul Rahim bin Ahmad
Banggol Jas, Selama
Bantuan Perubatan


SELAMA - Dahulunya Encik Abdul Rahim bin Ahmad pernah bertugas sebagai imam di Banggol Jas. Tidak hairanlah dirinya dikenali penduduk setempat. Walau bagaimanapun, keadaan diri Encik Abdul Rahim sudah tidak seperti dahulu lagi. Dalam meniti usianya yang sudah mencecah 74 tahun, kini dia terlantar dan tidak dapat berjalan seperti dahulu.

Keadaan fizikal Encik Abdul Rahim memang ada sedikit kecacatannya. Dia tiada ibu jari kaki kanannya. Malang tidak berbau, Encik Abdul Rahim mengalami strok akibat terjatuh dari bumbung rumahnya. Kejadian itulah yang menyebabkan dia kini terlantar dan tidak dapat berjalan lagi.

Mujurlah dia masih ada isteri yang dapat menjaganya sepenuh masa. Ada pula dua orang anak mereka yang masih tinggal bersama-sama untuk turut membantu ibu mereka. Namun, isterinya juga sudah pun menginjak ke usia 68 tahun dan menghidap penyakit kencing manis pula. Dengan kudrat sebagai warga emas, tidak mudah bagi isterinya menguruskan keperluan Encik Abdul Rahim yang sudah terlantar itu.

Pada 22 Mac 2022 yang lalu, pegawai MAIPk Selama telah berkunjung ke rumah Encik Abdul Rahim untuk mengenal pasti bantuan yang selayaknya diterima oleh Encik Abdul Rahim. Alhamdulillah, pada 1 April 2022, MAIPk Selama telah pun menyampaikan bantuan perubatan berupa katil dua fungsi seperti yang terdapat di wad hospital, sebuah kerusi roda untuk menggantikan kerusi roda sedia ada yang telah rosak dan juga bekalan lampin pakai buang untuk kegunaan selama tiga bulan. Keseluruhan bantuan tersebut bernilai RM3760.00.

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan itu membolehkan Encik Abdul Rahim menjalani kehidupannya dengan lebih selesa dan memudahkan pula isteri dan anak-anaknya menguruskan keperluan hariannya dengan lebih baik.
Terima kasih para muzakki negeri Perak yang terus meyakini Zakat Perak-MAIPk Dengan zakat yang anda tunaikan itu, pelbagai bentuk bantuan dapat disalurkan kepada golongan mustahiq mengikut keperluan sebenar mereka. Teruskan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk menerusi online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.






 





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.