• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PROGRAM ZIARAH ASNAF MAIPk DAERAH MANJUNG

MANJUNG, 7 Jun 2022 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus mempergiatkan usaha menjalankan Program Ziarah Asnaf, kali ini program diadakan di sekitar Seri Manjung dan Lekir. Pihak MAIPk turun padang menyantuni lima buah keluarga yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari. Turut bersama menyertai Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Puan Norfazilah binti Bawadi dan Encik Noraizad bin Rosli, Pegawai Baitulmal Daerah Manjung, Encik Mohamad Razif bin Mokhtar serta pegawai-pegawai MAIPk daripada ibu pejabat dan daerah Manjung.

Program bersifat turun padang ini bertujuan menyelami kelangsungan hidup asnaf di samping melihat keperluan lain yang layak disantuni. Nasib golongan asnaf sentiasa menjadi perhatian MAIPk untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan asnaf tersebut serta dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pembayar zakat negeri Perak, kerana anda golongan asnaf dapat dibantu hasil daripada pembayaran zakat yang berterusan kepada MAIPk. Semoga pembayar-pembayar zakat dilimpahi rezeki yang berpanjangan dan zakat ini menjadi bekalan pada hari akhirat kelak. Teruskan istiqamah berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.