• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : MENGGANTI YANG HILANG

Mohd Nizam Bin Sidek
Kampung Kuala Slim, Slim River


MUALLIM - Menyambung kisah hidup seorang nelayan kecil yang berusia 37 tahun yang menangkap ikan dan hasil sungai di Kuala Slim, Tanjung Malim. Encik Mohd Nizam sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah. Tinggal di rumah sewa bersama-sama ibu mertua dan tiga orang adik ipar yang tidak bekerja. Beliau menyara keluarga dengan mengambil upah mengait buah sawit dan memotong rumput jika tidak dapat turun ke sungai. Walau bagaimanapun, mencari hasil sungai merupakan sumber pendapatan utamanya. Malangnya, satu-satunya sampan usang milik Encik Mohd Nizam telah hanyut dibawa arus deras semasa banjir besar.

Alhamdulillah, Encik Mohd Nizam layak menerima bantuan modal MAIPk kerana beliau tidak mampu membeli sendiri sampan baharu berikutan pendapatan sampingannya yang sangat kecil. Beliau berhasrat dapat memiliki sampan dan enjin yang baharu untuk meneruskan sumber mata pencarian utama buat keluarganya.

Setelah dipertimbangkan, MAIPk Daerah Muallim telah meluluskan bantuan modal berupa bot dan enjin baharu yang bernilai RM5180.00. Pihak MAIPk amat berharap dengan bantuan ini membolehkan Encik Mohd Nizam kembali semula mencari hasil sungai. Terpancar sinar kebahagiaan pada wajahnya sekeluarga semasa menerima sumbangan ini. Semoga hasil tangkapan Encik Mohd Nizam bertambah dan dapat menampung keperluan keluarga besar di bawah tanggungannya.

Jutaan terima kasih para muzakki yang dirahmati Allah SWT. Dana zakat daripada anda kali ini membantu keluarga ini. Zakat hanya 2.5% nilainya pada muzakki, tetapi amat besar maknanya buat keluarga yang memerlukan. Semoga Allah SWT memberi balasan kebaikan kepada para muzakki dengan sebaik-baik ganjaran. Amin!Teruslah bersama kami dalam membantu asnaf. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.