• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

SERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PARIT

PARIT– Majlis penyerahan Zakat Perniagaan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Parit sebanyak RM32,174.65 kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak yang diwakili oleh Encik Ahmad Nazri bin Hassan, Pegawai Baitulmal Daerah Seri Iskandar telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Tua, Parit pada 30 Jun 2022.

Penyerahan Zakat Perniagaan tersebut telah disampaikan Ahli Parlimen Parit, YB Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria. Majlis penyerahan zakat itu juga turut disaksikan oleh oleh YBhg. Dato' Indera Haji Mustaffar Kamal bin Haji Ab. Hamid, Ahli Jemaah Penasihat, Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS.

MAIPk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir, seluruh kakitangan, dan warga Pertubuhan Peladang Kawasan Parit yang terlibat dalam majlis terutama sekali kepada Ahli Parlimen Parit, YB Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria atas penyerahan zakat perniagaan itu. Syabas dan tahniah diucapkan bagi mereka yang menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Dato' Indera Haji Mustaffar Kamal bin Haji Ab. Hamid, Ahli Jemaah Penasihat, Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS atas kehadiran beliau.

Semoga Allah menerima ibadah zakat yang ditunaikan, diterima sebagai amal soleh yang ikhlas, menjadi asbab keberkatan rezeki hidup di dunia dan keselamatan di akhirat. Teruslah bersama kami dalam membantu asnaf. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.