• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

KURSUS DANDANAN DAN PENGGAYAAN RAMBUT 2022

CHEMOR – MAIPk telah menganjurkan Kursus Dandanan dan Penggayaan Rambut 2022 di Kedai Gunting Yeop Lanz, Chemor Perak. Kursus ini merupakan salah satu daripada Skim Latihan Keusahawanan Asnaf MAIPk di bawah Program Pembangunan Ekonomi Asnaf (PROPER A).

Kesemua peserta berjumlah 18 orang. Mereka merupakan pengusaha yang sedia ada yang telah dilantik dan diamanahkan oleh MAIPk. Kursus ini dikendalikan oleh Azri Pesona Enterprise. Peserta perlu melaksanakan latihan dan kursus berkala bagi melengkapkan profailing mereka seperti ketetapan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia sebelum layak memperoleh Pensijilan SKM.

Tempoh kursus bermula dari 1 Jun 2022 sehingga Disember 2022, iaitu selama 6 bulan. Dalam tempoh tersebut, peserta perlu melalui ujian penilaian daripada Panel Pengesah Kemahiran daripada JPK. Sekiranya lulus ujian penilaian tersebut, barulah layak untuk mendapatkan sijil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, iaitu sijil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 (Hairdresser) dan juga Sijil S.A.Y.A.P Think Plus Academy (Sustainability Academy For Youth & Professionals).

Lebih banyak lagi kursus sebegini yang akan dianjurkan pada masa akan datang untuk membantu memperbaik ekonomi asnaf-asnaf yang gigih berusaha. Sesungguhnya mereka sentiasa berusaha membaiki taraf kehidupan sedia ada.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.