• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI ASNAF ( PROPER A ) MAIPk 2022

IPOH, 28 Ogos 2022 - MAIPk menganjurkan Kursus Pemasaran : Penjenamaan, Pelabelan & Pembungkusan Produk kepada 20 orang peserta asnaf di Hotel Seri Malaysia, Ipoh selama 3 hari bermula 26-28 Ogos 2022. Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, En. Rohizan bin Hj. Omar memberikan komitmen untuk hadir menyampaikan amanat & kata-kata semangat serta merasmikan program tersebut.

Kursus ini akan dikendalikan oleh penyedia latihan yang dilantik oleh MAIPk iaitu Syarikat Yuco Creations. Melalui program yang dilaksanakan, pihak MAIPk berharap para peserta dapat memberikan impak positif dalam aspek peningkatan pendapatan, peningkatan kualiti produk, pengembangan pasaran & seterusnya mampu menjadi penyumbang zakat pada masa akan datang. Selamat berkursus kepada semua peserta & semoga dapat memberikan komitmen sebaik mungkin sehingga tamat program PROPER A 2022. Terima kasih para pembayar zakat MAIPk.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.