• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : BANTU PESAKIT TERLANTAR

Ahmad Nazmi Iqbal Bin Niza
Perumahan Awam 4, Jalan Kenas

KUALA KANGSAR - Encik Nazmi yang berusia 22 tahun dan masih bujang tidak lagi dapat bekerja seperti sebelumnya selepas terlibat dalam suatu kemalangan yang mengubah nasib kehidupannya. Kini dia merupakan pemegang kad OKU pesakit terlantar. Kemalangan itu berlaku sewaktu dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Jalan Ipoh, Butterworth ketika mengelak daripada bertembung dengan sebuah lori.

Kemalangan itu mengakibatkan Encik Nazmi cedera parah pada bahagian kepala, pengumpulan darah beku pada bahagian limpa dan jangkitan pada saluran pernafasannya. Syukur ibunya masih mampu menguruskannya yang sakit terlantar itu. Mujur juga ayahnya masih sihat untuk bekerja dan menanggung keperluan lampin pakai buangnya. Encik Nazmi juga menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM berjumlah RM500. Dapatlah menampung perbelanjaan lain yang diperlukannya.

Encik Nazmi tidak dapat makan seperti biasa, dia memerlukan susu khas dan serbuk protien tambahan yang dibancuh dan diberikan melalui saluran tiub untuk membantu mengekalkan nutrisi badannya. Susu khas dan myotein tersebut merupakan bantuan daripada MAIPk menerusi Skim Bantuan Perubatan untuk tempoh enam bulan bermula Disember 2021 sehingga Mei 2022. Kini Encik Nazmi memohon dilanjutkan tempoh bantuan susu khas, myotein dan memohon bantuan sebuah kerusi roda (aluminium light weight recliner wheelchair, 18’).

Encik Nazmi memerlukan bantuan kerusi roda khas ini untuk memudahkannya berulang alik ke hospital serta menjalani fisioterapi dan belajar untuk duduk. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan kerana kerusi roda sedia ada menyebabkan belakang badannya melecet akibat keadaan kerusi roda yang kurang sesuai.

Alhamdulillah pihak MAIPk dengan berbesar hati melanjutkan bantuan perubatan buat Encik Nazmi untuk tempoh enam bulan lagi bermula Mei hingga Oktober 2022. Bantuan tersebut berupa bekalan susu tepung dan myotein untuk tempoh enam bulan beserta sebuah kerusi roda khas. Bantuan perubatan berjumlah RM11,400 itu telah diserahkan oleh Puan Nurul Farzana binti Ahmad Shah selaku Pegawai Tadbir Agihan Bantuan Perubatan MAIPk.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.