• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : BAULU IBU

Faiza Binti Ahmad
Jalan Sri Kinta, Kampung Sri Kinta

IPOH - Puan Faiza yang berasal dari Sri Kinta, Ipoh sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Dua orang anaknya yang berumur 23 tahun dan 20 tahun sudah menjejakkan kaki ke IPT tempatan. Manakala anak bongsunya yang berumur 16 tahun masih lagi bersekolah di MRSM yang berdekatan. Ketiga-tiga anaknya adalah perempuan. Mereka tinggal di rumah yang disewa dengan bayaran RM300 sebulan. Suaminya tidak dapat bekerja kerana mengalami masalah kesihatan. Jadi, untuk menampung perbelanjaan keluarga, Puan Faiza berniaga kuih baulu dari rumah.

Puan Faiza mengambil tempahan baulu daripada rakan dan jiran serta orang kampung. Dia juga meletakkan baulunya di kedai-kedai makan, kedai runcit dan stesen minyak yang berhampiran. Purata pendapatan hasil menjual baulunya hanyalah RM500 sebulan. Mujur suaminya ada menerima bantuan kewangan bulanan daripada MAIPk berjumlah RM750. Dengan bantuan itu dapatlah menampung keperluan bulanan mereka.

Anak bongsunya masih belajar di MRSM yang berdekatan. Memikirkan anak bongsunya yang akan melanjutkan pengajian yang lebih tinggi dan memerlukan perbelanjaan yang lebih besar, Puan Faiza tampil memohon Skim Bantuan Modal Peralatan Perniagaan daripada MAIPk untuk mengembangkan lagi perniagaan baulunya. Puan Faiza memohon bantuan untuk membeli peralatan dan mesin untuk memudahkan kerjanya. Puan Faiza tidak mampu membeli peralatan tersebut. Sebelum ini, dia hanya menggunakan peralatan asas yang bersaiz kecil sahaja.

Syukur, rezeki menyebelahi Puan Faiza sekeluarga. MAIPk meluluskan permohonannya. Pada 6 September 2022, Encik Mohd Fathuddin bin Md Rawi selaku pegawai yang bertugas telah menyerahkan bantuan peralatan perniagaan berupa mesin pembancuh tepung elektrik, dulang membakar, industrial gas oven, iron hand sealing machine dan meja kerja. Bantuan peralatan berjumlah RM4,996 itu telah diterima oleh Puan Faiza. Semoga dengan bantuan ini dapat meningkatkan kualiti dan pembungkusan baulunya secara langsung dapat meningkatkan hasil jualannya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.