• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL PERALATAN : TEMAN SETIA MENCARI REZEKI

Roslan bin Anan
Kg. Pasir Batu Masjid, Temoh

TAPAH - Encik Roslan berumur 64 tahun berasal dari Kampung Pasir Batu Masjid. Sudah berkeluarga dan mempunyai lima orang anak. Dua orang anaknya sudah bekerja dan mempunyai kehidupan sendiri. Kini Encik Roslan beserta isteri tinggal menumpang di rumah pusaka ibunya bersama tiga orang lagi anak mereka. Encik Roslan menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit tersebut tidak menghalangnya bekerja untuk menafkahi keluarga. Encik Roslan mengambil upah memotong dan meracun rumput serta menebas semak dan memotong pokok.

Walaupun sudah berusia, Encik Roslan masih lagi gigih bekerja dengan tulang empat keratnya kerana prinsip hidupnya rezeki tidak akan datang bergolek tanpa berusaha. Bimbangkan keselamatan Encik Roslan, isterinya akan setia menemani dan membantu setiap kali dia melakukan kerja-kerja tersebut. Purata pendapatan bulanannya adalah sekitar RM700 – RM800. Dengan pendapatan itulah, dia menyara keluarga dan tiga orang lagi anaknya. Mujur anak-anak yang sudah bekerja ada menyumbangkan RM200 setiap bulan. Dapatlah mereka membayar bil-bil dan keperluan lain.

Kini mesin rumput dan peralatan menebas yang sudah lama berkhidmat kepada mereka sudah uzur dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini menyukarkan Encik Roslan melakukan kerja-kerjanya dengan cepat. Untuk menebas menggunakan parang dan sabit Encik Roslan sudah tidak mampu kerana faktor usianya.

Akhirnya, Encik Roslan memohon bantuan modal peralatan daripada MAIPk. Syukur permohonannya diluluskan. Pada 15 September 2022 yang lalu, Pegawai Baitulmal Daerah Tapah, Encik Mior Khairul Anas bin Rozali telah menyerahkan bantuan tersebut kepada Encik Roslan. Bantuan modal peralatan berupa gergaji pokok, mesin rumput dan alat untuk meracun rumput itu berjumlah RM2,210. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung Encik Roslan sekeluarga dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan bulanan mereka.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.