• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL PERALATAN : JANGAN MENGALAH

Saidin Bin Ahmad
Kampung Gua Petai, Selama

SELAMA - Encik Saidin yang berumur 36 tahun merupakan anak jati Kampung Gua Petai, Selama. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil.
Encik Saidin dan keluarga kecilnya tinggal menumpang di rumah mentua bersama-sama keluarga mertuanya di kampung tersebut.

Dua tahun yang lalu, Encik Saidin terlibat dalam suatu kemalangan yang meragut sebelah kakinya. Kehilangan kaki merupakan tamparan yang besar bagi insan yang sihat, ditambah pula dengan umur yang masih muda seperti Encik Saidin. Namun hal ini sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus bangkit berusaha dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Dengan menyarungkan kaki palsu, setiap hari Encik Saidin akan keluar berniaga di kedai runcit miliknya di kampung tersebut. Purata pendapatan bulanannya adalah sebanyak RM1600 dan ada kalanya berkurangan bergantung pada jualan harian di kedai runcitnya itu. Encik Saidin ada menerima pencen ilat sebanyak RM513 sebulan. Dengan bantuan tersebut, dia membuat pusingan modal perniagaannya.

Encik Saidin memohon bantuan modal perniagaan daripada MAIPk untuk mengembangkan perniagaan kedai runcitnya. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan kerana dia tidak mempunyai modal yang besar untuk membeli peti ais tempat meletak minuman sejuk. Peralatan di kedainya juga tidak mencukupi. Sebelum ini dia hanya berniaga dengan modal permulaan yang kecil hasil tabungannya selama dua tahun.

Syukur rezeki menyebelahinya apabila permohonannya diluluskan. Pegawai MAIPk Daerah Selama, Encik Hafiz Hazwan bin Nazri telah menyampaikan bantuan modal peralatan kepada Encik Saidin berupa sebuah peti ais chiller dua pintu, rak dan bakul sayuran, serta island gondola. Bantuan peralatan tersebut berjumlah RM5,460. Semoga dengan bantuan ini dapat meningkatkan pendapatan bulanan buat Encik Saidin sekeluarga.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat para muzakki yang telah menunaikan tanggungjawab anda. Teruskan berzakat bersama Zakat Perak-MAIPk demi asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.