• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Al-Barakah Ikon Asnaf Zakat Musim Ketiga (MAIPk)

Dua pengusaha industri kecil Zalikha Kamarolzaman dan Hasarinawati Abdul Wahab merupakan Usahawan Asnaf Negeri Perak yang dibantu MAIPk melalui Skim Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A). Asnaf diberikan bantuan yang bersesuaian bagi menjana ekonomi mereka secara produktif dan efisien dalam aktiviti perniagaan sehingga berjaya berdiri di atas kaki sendiri.

Konsep bantuan yang disediakan MAIPk ibarat memberikan joran dan kail untuk menangkap ikan, bukan hanya memberikan ikan yang habis dengan hanya sekali makan sahaja.

Ikuti kisah jatuh bangun mereka dalam segmen khas “al-Barakah” di RTM.
Tonton mereka https://youtu.be/_dyD1StQbWo

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua mereka kerana kejayaan yang dikecapi dan menjadi ikon asnaf zakat. Semoga ini menjadi contoh ikutan kepada para asnaf dan membakar semangat mereka untuk terus berjaya di puncak kegemilangan seterusnya dapat keluar daripada belenggu kesusahan.

Berzakatlah dengan MAIPk, dana zakat daripada anda tidak pernah disia-siakan. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my untuk berzakat melalui online FPX. Lebih mudah, cepat dan selamat. Atau kunjungi kaunter zakat kami yang berhampiran.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.