• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JAWHAR DAN MAJLIS SERAHAN RUMAH PROGRAM MYHAUS MAIPk- JAWHAR-TNB

PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JAWHAR DAN MAJLIS SERAHAN RUMAH PROGRAM MYHAUS MAIPk- JAWHAR-TNB

19 Januari 2023 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) diketuai oleh Ketua Pengarah, Datuk Selamat Paigo di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Rombongan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari.

Seterusnya satu Majlis Serahan Rumah Program MyHAUS MAIPk- JAWHAR-Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diadakan di Kg. Jana Baharu, Kamunting, Taiping. Majlis serahan simbolik kunci rumah disampaikan oleh Tuan Shahrul Azam bin Shaari kepada penerima Abdul Rais bin Mohamed Jalaludin.  Seramai tiga orang penerima daripada kalangan asnaf fakir dan miskin menerima Bantuan Baik Pulih Rumah di bawah program MyHAUS melalui sumbangan dana TNB dengan kerjasama JAWHAR berjumlah RM105,000.00.

Turut hadir, Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama, YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Wan Mohd Isa bin Dato’ Haji Wan Mohd Razalli, Pegawai Hal Ehwal Korporat TNB Ibu Pejabat, YBrs. Puan Zurina binti Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Baitulmal, JAWHAR, YBrs. Puan Nur Shakinah binti Mohd Yusop, Bahagian Peruncitan TNB negeri Perak, YBrs. IR Ts. Mohd Rohaizan bin Shamsudin, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Encik Rohizan bin Omar dan Pegawai Baitulmal Daerah Taiping, En. Zulfadli bin Baharom.

Pihak MAIPk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga ukhuwah yang terbina akan berkekalan serta dapat bekerjasama dalam program-program lain pada masa akan datang.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.