• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : NIKMAT DARIPADA TUHAN

Siti Asmiah bt Ahmad
Kg. Batu 23, Sg. Rotan, Trong


TAIPING - Puan Asmiah tinggal di rumah pusaka bersama-sama seorang anak lelakinya yang kurang sihat. Suaminya sudah lama meninggal dunia. Tiga orang lagi anaknya mempunyai kehidupan sendiri dan tinggal berasingan. Puan Asmiah sudah tidak mampu bekerja. Dia menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada MAIPk. Anak-anaknya juga ada menghulurkan wang bulanan sebanyak RM300.

Tanah rumah yang didiami mereka sejak sekian lama itu menjadi milik sepupunya. Kini tuan tanah ingin menjual tanah tersebut kepada orang lain. Mereka diminta untuk mengosongkan rumah tersebut dengan kadar segera. Sukar bagi mereka untuk mencari rumah sewa dalam masa terdekat. Apatah lagi Puan Asmiah hanya mampu menyewa rumah dengan kadar yang sangat rendah. Untuk membina rumah sendiri mereka tidak berkemampuan. Akhirnya Puan Asmiah tampil memohon bantuan daripada MAIPk.

Syukur permohonannya diluluskan. MAIPk Daerah Taiping telah membina rumah baharu di atas tanah milik Puan Asmiah yang terletak tidak jauh dari rumah pusaka mereka. Rumah jenis dua bilik itu berkeluasan 600kp dan bernilai RM54,000. Kini Puan Asmiah dan anaknya boleh menarik nafas lega selepas menerima kunci rumah baharu mereka. Terima kasih para muzakki. Teruskan sokongan anda membantu kami menyantuni mereka yang memerlukan. Tunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

https://www.facebook.com/reel/2745520792245654

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.