• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PROGRAM USAHAWAN ASNAF MAIPk : BARBER MAIPk BERPENDIDIKAN

SUNGAI PETANI – Sebanyak 11 orang peserta Team Barber MAIPk telah diraikan dalam suatu majlis konvokesyen setelah berjaya menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Kesemua mereka merupakan perantis dalam bidang Hairdressing tajaan MAIPk dan lulus SKM Tahap 2 dan 3.

Majlis Konvokesyen tersebut diadakan di Dewan Canselor UiTM Merbok, Sungai Petani pada 4 Mac 2023 yang lalu. Kesemua mereka merupakan asnaf yang mengikuti Program Usahawan Asnaf MAIPk di bawah bimbingan mereka yang pakar dalam bidang Hairdressing. Antaranya Pengurus Fauzana Legacy, Puan Noor Fauzana Ahmad Nawawi dan dibantu oleh Madam Grace dan Kapten Pengiran Awang Azman bin Pengiran Awang Radin (Azri Pesona Enterprise).

Syabas dan tahniah diucapkan buat mereka yang berjaya. Semoga mereka semua terus ke puncak kegemilangan dalam industri yang sebenar di luar sana. Kami turut menzahirkan kegembiraan melihat kejayaan yang dicapai oleh asnaf yang begitu gigih berusaha mengubah nasib diri dan keluarga.

Pihak MAIPk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para muzakki kerana dana zakat yang anda tunaikan itulah segala bantuan buat asnaf dapat diagihkan hingga membuka jalan kejayaan bagi mereka. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk kerana masih banyak yang memerlukan bantuan daripada anda. Jom tunaikan zakat dengan Zakat Perak-MAIPk melalui online FPX dengan klik https://ezakat.maiamp.gov.my

https://www.facebook.com/reel/993293304973212


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.