• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : REZEKI ANAK-ANAK

Shukree bin Mohd Zin
Kg. Tersusun Redang Panjang, Ijok

SELAMA - Encik Shukree duda kematian isteri. Dia membesarkan lima orang anaknya. Anak sulungnya sudah melanjutkan pelajaran ke Kolej Vakasional. Anaknya yang lain bersekolah di peringkat menengah. Hanya anak bongsunya yang masih bersekolah rendah.

Encik Shukree pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan bahagian lutut kakinya dimasukkan besi. Kesan daripada itu Encik Shukree tidak mampu melakukan kerja-kerja berat. Encik Shukree bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1500 sebulan.

Mereka sekeluarga tinggal menumpang di rumah ibunya. Neneknya juga tinggal bersama-sama mereka. Bukan itu sahaja, tiga orang adiknya juga tinggal di rumah yang sama. Dua orang adiknya masih bujang. Manakala seorang lagi merupakan ibu tunggal anak empat. Sebanyak 15 orang penghuni tinggal di situ termasuk dirinya. Remah tersebut agak sempit dan tidak mempunyai bilik yang cukup kerana ramai yang tinggal bersama-sama di rumah tersebut. Mereka sekeluarga tidak mempunyai bilik. Dia dan anak-anaknya tidur di suatu sudut rumah yang dilindung dengan tirai. Untuk menyewa rumah yang lain Encik Shukree tidak mampu kerana wang gajinya diperuntukkan untuk belanja harian dan persekolahan anak-anaknya. Akhirnya, Encik Shukree memohon bantuan MAIPk.

MAIPk meluluskan permohonan Encik Shukree. Proses pembinaan rumah baharu itu berjalan lancar. Rumah jenis 3 bilik itu bernilai RM50,000. Pegawai Baitulmal Daerah Selama, Cik Nur Fatin Azarina binti Nor Affendy telah menyerahkan kunci rumah baharu kepada Encik Shukree. Semoga dengan bantuan ini, meringankan bebanan yang ditanggung mereka sekeluarga. Terima kasih muzakki atas sokongan anda. Teruskan bersama-sama Zakat Perak-MAIPk untuk menyantuni asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton di IG dan Facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/830465858435945

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.