• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAJLIS PENYAMPAIAN TAULIAH PELANTIKAN DAN PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM2,948,581.03

MAJLIS PENYAMPAIAN TAULIAH PELANTIKAN DAN PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM2,948,581.03

KUALA KANGSAR, 15 April 2023 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM77, 769, 264. 00 daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar di Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Peruntukan itu tujuan bayaran kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kafa di Perak bagi tahun 2023.

Seterusnya, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan menyampaikan tauliah pelantikan anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perak dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perak.

Di majlis yang sama Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenaan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM2,948,581.03 daripada enam syarikat korporat kepada MAIPk. Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Haji Mubarak Ali Bin Gulam Rasul dengan jumlah RM1,421,512.77.

Ia diikuti P.C.M Sdn Bhd diwakili oleh Dekan Fakulti Perubatan UniKL, Profesor Madya Syed Rahim bin Syed Hamid dengan jumlah RM450,000.00. Kemudian, Ladang Moccis Sdn Bhd diwakili oleh Pengerusi Eksekutif, Dato’ Ahmad Sobri bin Wan Teh dengan jumlah RM450,000.00.

Sementara itu, Puncak Emas Infra Sdn Bhd diwakili oleh Penolong Pengurus Besar Korporat, Tuan Ayob bin Sahar dengan jumlah RM327,068.26. Seterusnya ialah R&Z Aktiviti Enterprise diwakili oleh Ketua Eksekutif, Tuan Azim bin Radin Mustapha Amiruddin dengan jumlah RM200,000.00. Diakhiri oleh Belati diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Johawaki, Tuan Haji Mohamad Akmal bin Johari dengan jumlah RM100,000.00.

ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK

1. Sahibul Fadhilah Tuan Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim

HAKIM MAHKAMAH UTAMA SYARIAH NEGERI PERAK

1. Yang Arif Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinuddin
2. Yang Arif Tan Sri Dato’ Seri Balia Yusof bin Haji Wahi

HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH NEGERI PERAK

1. Yang Arif Datuk Wira Mohtarudin bin Bak
2. Yang Arif Datuk Seri Abdul Razak bin Musa

HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PERAK

1. Yang Arif Tuan Azman bin Saad
2. Yang Arif Tuan Muhammad Fauzi bin Uzir Abd Wahab








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.