• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : KEGIGIHANNYA

Mohd Zaidi bin Abu Bakar
Kg. Sungai Besar, Ijok

SELAMA - Encik Zaidi yang berasal dari Sungai Besar mempunyai lima orang cahaya mata. Kini anak-anaknya sudah mempunyai kehidupan sendiri. Hanya dua orang anak yang masih di bawah tanggungannya. Dia dan isterinya mengusahakan kedai makan secara kecil-kecilan. Purata pendapatannya sekitar RM300 – RM400.

Dia menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. Sejak penyakitnya bertambah parah dan kakinya dipotong, dia tidak dapat berniaga kerana perlu berehat untuk memulihkan dirinya di rumah. Syukur kerana dia dia menerima bantuan kaki palsu daripada Felcra. Encik Zaidi juga menerima bantuan bulanan sebanyak RM450 daripada JKM. Dengan bantuan itulah dia menyara kehidupannya sepanjang dia tidak dapat bekerja seperti biasa.

Kini dia sudah pulih dan ingin meneruskan kembali perniagaan kedai makannya. Dia juga berhasrat mengembangkan lagi perniagaan sedia ada dengan mempelbagaikan lagi lauk di kedai makannya. Namun dia memerlukan modal untuk memulakan perniagaannya semula. Dia memohon bantuan modal daripada MAIPk. Bantuan tersebut berupa periuk nasi besar dan juga rak lauk untuk meletakkan lauk-pauknya.

MAIPk Daerah Selama meluluskan permohonannya. Encik Zaidi menerima bantuan modal peralatan MAIPk berupa periuk nasi besar dan juga rak lauk pauk. Bantuan tersebut berjumlah RM4460. Terima kasih muzakki. Dana zakat anda kali ini membantu Encik Zaidi, OKU yang cekal mencari rezeki dengan kudrat tulang empat keratnya. Teruskan sokongan anda. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton di Instagram dan facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/186252547574338

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.