• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BINA RUMAH : REZEKI ANAK SYURGA

Ahsan bin Awang
Pengkalan Aor Mersa, Taiping

TAIPING - Encik Ahsan, duda anak 8 tinggal di rumah pusaka bersama-sama 3 orang anaknya, (seorang anak angkat yang masih bersekolah, seorang OKU dan seorang bekerja di kedai makan) dan 2 orang cucu (seorang bekerja dan seorang lagi berusia 3 tahun). Usia Encik Ahsan sudah melebihi 70 tahun. Dia sudah tidak bekerja dan hanya mengharapkan sumbangan anak-anak. Namun dia perlu berjimat-jimat kerana tiada anaknya yang berpendapatan tinggi. Dia juga perlu mendahulukan perbelanjaan anak angkatnya yang masih bersekolah.

Rumah pusaka mereka dibina di atas tanah milik orang kampung yang dibayar sewa secara tahunan. Kini tuan tanah berhasrat untuk menjual tanah tersebut dan meminta Encik Ahsan untuk berpindah ke tempat lain. Encik Ahsan pernah menerima sebidang tanah daripada kerajaan di RKT Air Kuning Tambahan. Tetapi dia tidak berkemampuan untuk membina sendiri rumahnya di tanah tersebut. Runsing memikirkan masalah tersebut dia telah berusaha meminta bantuan daripada pelbagai pihak namun tidak berjaya.

Usaha terakhir Encik Ahsan adalah dengan memohon bantuan daripada MAIPk. Besar harapannya agar permohonannya diluluskan. Syukur rezeki menyebelahi mereka sekeluarga. MAIPk Daerah Taiping bersetuju untuk membina rumah baharu jenis 3 bilik berkeluasan 850kp yang bernilai RM76,500. Semoga dengan bantuan ini meringankan kesusahan Encik Ahsan yang tidak mempunyai pendapatan dan terpaksa menjaga seorang anak OKU fizikal itu. Mungkin ini adalah rezeki yang ditakdirkan buatnya kerana menjaga anak syurga. Semoga Allah SWT memudahkan urusan mereka sekeluarga.

Terima kasih diucapkan kepada muzakki negeri Perak. Dana zakat anda kali ini telah menyelamatkan mereka sekeluarga yang dalam kesusahan. Malah turut memberikan kesempatan untuk mereka tinggal dalam kediaman yang lebih selesa. Teruskan sokongan anda. Tunaikan zakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CsqLIMfgS-f/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.