• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan dan Persidangan MAIPk Kali Ke-187

Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan dan Persidangan MAIPk Kali Ke-187

Ipoh - Pada 12 Jun 2014, telah diadakan Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan di Dewan Al-Ghazali, Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Majlis ini diadakan sempena Persidangan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak Kali Ke-187. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan mencemar duli menyempurnakan kedua-dua majlis tersebut.

Pada majlis penyerahan zakat tersebut, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia yang diwakili oleh Encik Nik Mohd Nasir Nik Rithaudden telah membayar zakat perniagaan bagi tahun 2013 berjumlah RM2,081,541.00, Bank Islam Berhad yang diwakili oleh Datuk Zamani bin Abdul Ghani berjumlah RM350,000.00, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia yang diwakili YBhg. Tan Sri Dato Haji Alimuddin Haji Mohd Dom berjumlah RM131,166.55 dan Koperasi Guru Guru Kuala Kangsar dan Hulu Perak Berhad yang diwakili Encik Zamauri bin Haji Mohd Yunus membayar zakat pendapatan sebanyak RM88,281.77.

Bayar Zakat

YBhg. Dato Seri Ismail Shahudin yang mewakili Maybank Islamic Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan Maybank Investment Berhad pula telah membayar zakat perniagaan bagi tahun 2013 sebanyak RM1,458,728.10. KPJ Ipoh Specialist Hospital, KPJ Taiping Medical Centre dan Seri Manjung Specialist Centre yang diwakili Tuan Haji Ahmad Nasiruddin Harun membayar sebanyak RM300,000.00 manakala sebanyak RM170,340.00 pula dibayar oleh KFC (Peninsular Malaysia) Sdn Bhd dan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd yang diwakili oleh Encik Mohd Roslan Mohd Saladin.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.