• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Agihan Wakaf Saraan Dan Pelantikan Duta Wakaf Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak

Majlis Agihan Wakaf Saraan Dan Pelantikan Duta Wakaf Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak

Ipoh, 28 Januari 2015 Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin bin Muhamed telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Agihan Wakaf Saraan di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh. Majlis Agihan Wakaf Saraan pada kali ini melibatkan 41 penerima manfaat wakaf saraan dengan jumlah agihan sebanyak RM 484,489.56.

Penerima manfaat wakaf saraan terbanyak ialah Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan sebanyak RM 84,240.00 diikuti dengan SRAR Al-Maskan, Simpang Empat Hutan Melintang sebanyak RM 56,000.00 dan Masjid Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Seri Iskandar RM 40,052.00.

Wakaf saraan merupakan aset yang diwakafkan oleh pewakaf bagi tujuan menyara institusi tertentu seperti masjid, surau, rumah anak yatim, tanah perkuburan, sekolah agama dan sebagainya lagi. Di dalam konteks ini, MAIPk selaku pemegang amanah kepada aset wakaf ini akan membangunkan aset-aset yang diwakafkan tersebut dan hasilnya akan diagihkan semula kepada penerima manfaat selaras dengan hasrat pewakaf itu sendiri.

Pada majlis ini,turut diadakan Pelantikan Duta Wakaf MAIPk bagi tahun 2015,iaitu Ustaz Mohd Zainudin Bin Mohamed Zaini atau lebih dikenali dengan panggilan PU Yeop. Beliau yang terkenal dengan tagline nyeghongin-nyeghongin juge..moh kite beramal dilantik oleh MAIPk untuk mempromosi amalan berwakaf di kalangan umat Islam di Negeri Perak terutamanya wakaf tunai yang dapat digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi umat Islam. Terkini, hasil sumbangan wakaf tunai oleh masyarakat Islam di Negeri Perak, MAIPk akan membina sebuah pusat heamodalisis serba lengkap berkonsepkan wakaf di Taiping. Projek yang dijangka akan dimulakan pembinaannya pada tahun ini merupakan pusat heamodalisis wakaf yang pertama di Negeri Perak Darul Ridzuan. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.